Berita Utama

Agong, Permaisuri zahir ucapan Maulidur Rasul

Contohi sikap, sunnah Rasulullah ﷺ dalam kehidupan harian

KUALA LUMPUR, 12 Rabiulawal 1442H, Khamis – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam.

Ucapan itu dimuat naik menerusi hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini.

“Rasulullah merupakan pemimpin terbaik sepanjang zaman yang patut dicontohi setiap umat Islam. Marilah kita bersama mencontohi sikap dan sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian kita.

“Marilah kita juga bersama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW. Semoga kita beroleh syafaat dari Baginda di padang Mashyar kelak,” menurut hantaran itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button