Pendapat

Cinta Rasulullah ﷺ membawa ke syurga

Tanda cinta Rasulullah ﷺ amal apa diperintah tinggal perkara dilarang

SEORANG lelaki bertanya kepada Rasulullah ﷺ: Bilakah akan berlaku hari kiamat? Rasulullah ﷺ menjawab: Apakah yang telah engkau sediakan untuk hari kiamat? Lelaki itu menjawab: Aku tidak menyediakan apa-apa melainkan aku mencintai Allah dan RasulNya. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: (di akhirat kelak) “Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.”

2. Mendengarkan hadis ini, Saidina Anas berkata: “Aku tidak pernah berasa sangat gembira seperti gembiranya aku hari ini.” Aku sangat mencintai Rasulullah ﷺ, Abu Bakr dan Umar dan aku berharap akan dapat bersama mereka di akhirat kelak sekalipun aku tidak mempunyai amalan seperti mereka.”

3. Tanda cinta Rasulullah ﷺ adalah mengamalkan apa yang Baginda perintahkan dan meninggalkan setiap perkara yang Rasulullah ﷺ larang.

Salam Maulidur Rasul.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button