Berita UtamaDunia

Pencari suaka Sudan akan diusir dari Israel

Kesan daripada normalisasi antara dua negara berkenaan

TEL AVIV, 12 Rabiulawal 1442H, Khamis – Pencari suaka Sudan yang tinggal di Israel akan diusir setelah hubungan normalisasi kedua-kedua negara itu dimeterai.

Bagaimanapun, ada pihak berpendapat kehadiran pencari suaka itu akan memberi manfaat.

Sudan pada Jumaat lalu menjadi negara ketiga tahun ini yang bertindak menormalkan hubungan dengan negara haram Israel – mengikut jejak langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain pada Ogos.

Salah seorang pencari suaka Sudan yang tinggal di Tel Aviv, Barik Saleh, 26, berkata, sejak pengumuman itu, warga Sudan yang tinggal di Israel khuatir akan dihantar kembali ke negara asal.

Kira-kira 6,000 warga Sudan yang tinggal di Israel adalah pencari suaka.

Ribuan yang lain meninggalkan atau dipaksa untuk kembali setelah Sudan berpecah pada 2011 – ketika Sudan Selatan mencapai kemerdekaannya dalam perang saudara.

Sebilangan warga Sudan sering dilabel sebagai pendatang tanpa izin atau penyusup kerana memasuki Israel tanpa kebenaran.

Kebanyakannya adalah bawah umur ketika tiba di Israel.

Mereka tidak selalu dibenarkan bekerja mahu pun mendapat kewarganegaraan Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button