Artikel KhasBerita Utama

Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam Malaysia

Jangan bersekongkol dengan pihak mengecilkan sunnah Nabi ﷺ

MARILAH bersama menghidupkan sunnah terbesar Rasulullah ﷺ iaitu perjuangan menegaskan kalimah Allah hingga Islam berdaulat di dunia.

Ayuh buktikan kecintaan kepada Nabi ﷺ dengan membulatkan kecintaan kepada agama Islam dan umat Islam melebihi kecintaan kepada yang lain darinya.

Bersama kita bersusah susah hidup untuk akhirat sebagaimana Nabi ﷺ menjadikan dunia sebagai jambatan ke akhirat.

Jangan bersekongkol dengan pihak yang mengecilkan sunnah Nabi ﷺ hanya pada ritual tertentu yang membawa kelembapan umat Islam atau hanya pada produk tertentu yang akan menyempitkan keluasan Islam.

Kecintaan kepada Nabi ﷺ adalah cabang keimanan kepada Allah. Allah itulah yang disembah manakala Nabi ﷺ adalah qudwah ikutan dalam bersyariat.

اللَّهُمَّ لَوْلَا أنْتَ ما اهْتَدَيْنَا…
ولَا تَصَدَّقْنَا ولَا صَلَّيْنَا،
فَأَنْزِلَنْ سَكِينَةً عَلَيْنَا…
وثَبِّتِ الأقْدَامَ إنْ لَاقَيْنَا،
إنَّ الأُلَى قدْ بَغَوْا عَلَيْنَا…
وإنْ أرَادُوا فِتْنَةً أبيْنَا

Timbalan Presiden ISMA
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button