Berita Utama

UAE peruntuk AS$3 juta bina semula kampung Palestin di Tebing Barat

Inisiatif selaras usaha kemanusiaan untuk sokong rakyat Palestin

ABU DHABI, 24 Syaaban 1444H, Jumaat – Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed mengarahkan peruntukan AS$3 juta untuk membantu membina semula perkampungan Huwara, di Tebing Barat yang diduduki.

Sejumlah peruntukan itu turut disalurkan bagi menyokong rakyat Palestin yang terjejas selepas berdepan tindakan ekstrem peneroka Yahudi yang memusnahkan perkampungan berkenaan.

Inisiatif itu selaras usaha kemanusiaan UAE untuk menyokong rakyat Palestin, yang akan dilaksanakan melalui Jabatan Perbandaran dan Pengangkutan Abu Dhabi dengan kerjasama Kelab Persahabatan Palestin Emirati, lapor agensi berita negara WAM pada Khamis.

Huwara – sebuah perkampungan Palestin berhampiran pusat pemeriksaan jalan utama – menjadi titik serangan terbaharu antara Israel dan Palestin selepas beberapa bulan keganasan semakin memuncak di Tebing Barat.

Puluhan peneroka Israel mengamuk di Huwara bulan lalu, membakar berpuluh-puluh kereta dan rumah selepas dua mereka dibunuh oleh seorang lelaki bersenjata Palestin.

Amukan itu mencetuskan kecaman antarabangsa. Tetapi kerajaan Israel, yang terdiri daripada ultranasionalis pro-petempatan, menyatakan sedikit kemarahan dan hanya menyeru pelakunya untuk tidak mengambil undang-undang ke tangan mereka sendiri.

Bagaimanapun, beberapa penggubal undang-undang pergi lebih jauh, termasuk Menteri Kewangan Bezalel Smotrich, yang berkata Huwara harus ‘dipadamkan’ – tetapi oleh pihak berkuasa negeri dan bukan oleh rakyat persendirian. Dia kemudiannya menarik balik kenyataan itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button