Dunia

Qatar kecam serangan di Nice, Perancis

Teguh tolak sebarang keganasan meski apa jua alasannya

DOHA, 13 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Qatar pada Khamis mengecam sekeras-kerasnya serangan di sebuah gereja di bandar raya Nice, Perancis yang menyebabkan kematian serta kecederaan, lapor agensi berita Qatar (QNA) .

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyatakan Qatar berpendirian teguh menolak sebarang keganasan meski apa jua motif atau alasannya.

Qatar turut menolak perbuatan menyasarkan tempat ibadat dan keganasan yang menggugat ketenteraman awam.

Negara itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Perancis, semoga mangsa yang cedera cepat pulih. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button