AS rekod 90,000 kes baharu dalam sehari
228,625 jumlah korban termasuk 1,021 angka maut baharu

WASHINGTON, 13 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Amerika Syarikat merekodkan 90,000 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut laporan Johns Hopkins University, angka itu menjadikan jumlah jangkitan wabakmencecah 8.94 juta sejak dikesan, sekali gus muncul sebagai negara paling terjejas teruk.
Dalam tempoh 24 jam juga, AS menyaksikan kira-kira 1,021 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 228,625, tertinggi di seluruh dunia.
Wabak itu kini sedang merebak secara meluas di kawasan barat tengah, di mana sekurang-kurangnya sembilan negeri termasuk Indiana, Ohio, Maine, Minnesota, Dakota Utara, Michigan dan Oregon mencatatkan peningkatan kes harian COVID-19.
Selain itu, India turut mencatatkan jumah kemasukan ke hospital yang melambung tinggi di seluruh negeri.
Dalam lima hari pilihan raya bakal berlangsung, calon Demokrat, Joe Biden menjadikan cara Donald Trump menangani krisis kesihatan sebagai serangan utamanya terhadap presiden itu. -Agensi