Berita UtamaDunia

COVID-19: Jumlah kes di Jepun cecah 100,000

Kes baharu meningkat selepas pembukaan semula aktiviti ekonomi

TOKYO, 13 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Jepun meningkat 100,000 pada Khamis, disebabkan peningkatan kes baharu ekoran pembukaan semula aktiviti ekonomi, lapor agensi berita Kyodo.

Bilangan kes sehari yang dicatatkan di seluruh negara pada Khamis sebanyak 809 buat pertama kali melepasi angka 800 sejak 29 Ogos.

Jumlah keseluruhan itu merangkumi kira-kira 700 kes membabitkan kapal persiaran Diamond Princess, yang dikuarantin di Yokohama pada Februari. Terdapat lebih 1,700 kematian sehingga kini.

Jangkitan memuncak pada Ogos sekitar 1,600 kes dan sejak itu jangkitan mula perlahan, tetapi pakar memberi amaran akan trend kenaikan dijangka berlaku lagi.

Menurut data Johns Hopkins University, jumlah kumulatif kes di Jepun berada di kedudukan ke-49 di dunia.

Situasi di Jepun lebih buruk berbanding negara jiran seperti Korea Selatan dan Taiwan, yang bertindak pantas untuk menyekat perjalanan dan menghapuskan kluster jangkitan.

Jepun juga sedang dilanda musim selesema, yang diburukkan lagi dengan COVID-19 yang memberi tekanan pada sistem perubatan.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga berjanji untuk terus menyokong hospital dan mendapatkan vaksin yang cukup untuk seluruh penduduk Jepun menjelang separuh pertama 2021. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button