Berita Utama

Harga RON95, RON97 kekal

Diesel juga kekal dengan harga RM1.74 seliter

KUALA LUMPUR, 13 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Harga runcit RON95, RON97 dan diesel, masing-masing kekal bagi tempoh 31 Oktober hingga 6 November ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga RON95, RON97 dan diesel adalah pada harga RM1.64, RM1.94 dan RM1.74 seliter.

“Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu, hari ini. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button