
MOSCOW, 13 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia telah melebihi 45 juta, lapor agensi berita Sputnik, memetik Johns Hopkins University.
Jumlah sebenar kes COVID-19 adalah 45,018,354 pada 04:55 GMT Jumaat. Lebih 1.18 juta orang telah terkorban kerana penyakit ini, kata universiti itu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. Jumlah terbesar kes setakat ini dicatatkan di Amerika Syarikat, India dan Brazil. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.