Berita Utama

PM beri bayangan Belanjawan 2021 tumpu usaha perangi COVID-19

Ambil langkah tambahan sewajarnya pulih kembali hidup rakyat

MUAR, 13 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan kerajaan akan menumpukan usaha memerangi habis-habisan pandemik COVID-19 dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 Nov depan.

Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, pihaknya akan mengambil langkah-langkah tambahan sewajarnya dalam belanjawan tahunan itu bagi memulihkan kembali kehidupan rakyat.

“Kita kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang prihatin akan mengambil langkah-langkah tambahan (yang sewajarnya). Sebelum ini sebanyak RM305 bilion (telah digunakan) dan Belanjawan 2021 akan memberi tumpuan dalam usaha mengawal pandemik COVID-19 supaya ia tidak menular.

“(Setakat ini) hampir RM2 bilion telah kita belanjakan untuk Kementerian Kesihatan manakala untuk Sabah sahaja, dengan COVID-19 yang begitu hebat, kira-kira RM400 juta telah dibelanjakan dalam tempoh beberapa minggu lepas, melibatkan bantuan makanan yang dihantar ke rumah-rumah dan peralatan perubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-24 Koperasi Sungai Terap dan Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir di sini, hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button