Dunia

Taiwan sifar kes COVID-19 sejak April

Vietnam, Thailand dan New Zealand juga tiada kes lebih 100 hari

TAIPEI, 13 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Ketika negara lain berdepan gelombang kedua dan ketiga COVID-19, Taiwan pula tidak merekodkan kes jangkitan harian baharu dalam tempoh lebih 200 hari. 

Setakat hari ini, negara berkenaan dilaporkan masih bebas daripada kes jangkitan baharu sejak 12 April lalu, lapor Taiwan News. 

Usaha Taiwan memerangi wabak pandemik itu mendapat pujian antarabangsa. 

“Taiwan bebas COVID-19 selama 200 hari. Ia hanya mempunyai 550 kes jangkitan dan tujuh kematian. Bagaimana mereka lakukannya? 

“Mereka percaya sains, menguji , mengesan kontak, kuarantin dan edar pelitup mula kepada semua. Kita harus melakukan perkara sama,” kata Senator Amerika Syarikat (AS), Bernie Sanders di Twitter. 

Selain Taiwan, Vietnam, Thailand dan New Zealand juga tidak merekodkan kes jangkitan tempatan selama lebih 100 hari. 

Taiwan tidak menguatkuasakan sekatan perjalanan, tetapi mewajibkan orang ramai untuk sentiasa memakai pelitup muka. 

Kejayaan negara itu memerangi COVID-19 dikaitkan dengan iktibar daripada wabak SARS, kira-kira 17 tahun lalu – di mana Taiwan mencatatkan angka kematian tertinggi di dunia. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button