Berita Utama

COVID-19: Tiada kematian, kluster baharu dikesan hari ini

Kes positif baharu turut menurun mendadak kepada 659 sahaja

PUTRAJAYA, 14 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Sejumlah 1,000 kes pulih COVID-19 dicatat hari ini, jumlah kes pulih paling tinggi sejak permulaan pandemik itu di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bilangan kes baharu yang dicatat hari ini juga turun kepada 659 kes dengan tiada kematian dan tanpa pertambahan kluster baharu dilapor.

Dr Noor Hisham berkata dengan itu, jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 di negara ini adalah 21,248 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula 10,051 kes.

“Ingin dimaklumkan daripada 659 kes baharu pada hari ini terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Bangladesh melibatkan bukan warganegara, dan bagi kes tempatan pula Sabah mencatat 529 kes manakala negeri dan wilayah persekutuan di Lembah Klang merekodkan 70 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga ingin memaklumkan bahawa tiada pertambahan kluster baharu pada hari ini. Justeru, jumlah kluster aktif adalah kekal 133 kluster dengan jumlah kluster tamat adalah 114 kluster,” katanya pada sidang media perkembangan situasi COVID-19, di sini hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button