TELAH beberapa hari saya berdiam diri kerana menumpukan perhatian kepada beberapa kajian berkenaan permasalahan undang-undang semasa. Timbul saman pemula berkaitan tindakan Yang di-Pertuan Agong yang dikatakan tidak mengikut nasihat Jemaah Menteri dan juga isu pilihan raya tidak boleh dielakkan walaupun dalam keadaan pandemik.
Saya telah menyiapkan draf tulisan mengenai kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong pada awal pagi Jumaat lepas, 30 Oktober 2020, iaitu sebelum dilaporkan kes saman pemula yang dimaksudkan. Namun saya masih belum berpuas hati dan belum bersedia untuk dikongsi bersama pembaca. Saya akan meneruskan pembacaan dan analisis mengenainya dan insyaAllah akan berkongsi dalam masa terdekat.
Sejak lewat petang semalam dan hari ni, saya meneliti pandangan netizen. Saya dapati mereka amat prihatin dan berminat mengeluarkan pendapat. Justeru, saya fikir saya perlu berkongsi tentang kedudukan undang-undang berkaitannya. Oleh kerana isu ini tidak begitu kompleks berbanding soal undang-undang kuasa budi bicara, saya dapat berkongsi dengan segera.
Paparan ini memberi perhatian terutamanya kepada peruntukan undang-undang dan kesannya. Saya memetik peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan saya cuba ulas isu-isu berbangkit dalam bahasa lebih mudah untuk pembaca memahaminya. Hasrat saya ialah supaya para pembaca dapat meneliti peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya dapat juga memahami implikasinya.
Di bawah terdapat lapan soalan besar yang saya cuba jawab. Saya ambil soalan-soalan ini dari inbox halaman Facebook saya dan Messenger akaun peribadi Facebook saya. Sebahagian lagi adalah dari soalan yang dikemukakan oleh wartawan kepada saya.
๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐ฌ๐ญ๐ข๐ค๐๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐ฅ๐๐ค๐ฌ๐๐ง๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐๐ ๐ก๐๐ซ๐ข ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฌ ๐ค๐๐ค๐จ๐ฌ๐จ๐ง๐ ๐๐ง ๐ฅ๐ฎ๐๐ซ ๐ฃ๐๐ง๐ ๐ค๐, ๐ฌ๐๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ข ๐ค๐๐ฆ๐๐ญ๐ข๐๐ง ๐๐ญ๐๐ฎ ๐ก๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฅ๐๐ฒ๐๐ค๐๐ง, ๐๐ข๐ข๐ฌ๐ฒ๐ญ๐ข๐ก๐๐ซ๐ค๐๐ง?
Jawapan:
Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan yang bertajuk โKekosongan di dalam Dewan Negara dan kekosongan luar jangkaโ menyatakan,
(1) ๐พ๐๐๐ข๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ข๐๐ก๐ข๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ค๐โ ๐น๐๐ ๐๐ (3), ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ ๐ข๐๐ก๐ข ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐โ๐๐ ๐ท๐๐ค๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐๐ข ๐ ๐๐ ๐ข๐๐ก๐ข ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐โ๐๐ ๐ท๐๐ค๐๐ ๐
๐๐๐ฆ๐๐ก, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐๐ข ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐ข โ๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ขโ โ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐ก๐ข๐ ๐ท๐๐ค๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐โ๐๐ค๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐๐ข ๐๐๐โ ๐๐ข๐๐ขโ๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐โ๐๐ ๐
๐๐ฆ๐ ๐๐โ๐๐ค๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐ ๐ ๐ข๐๐ก๐ข ๐๐๐๐โ๐๐ ๐๐๐ฆ๐ โ๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐๐ข ๐ ๐ข๐๐ก๐ข ๐๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐ โ๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ข๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ค๐๐๐๐๐๐ฆ๐:
๐ท๐๐๐๐๐ ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก ๐๐โ๐๐ค๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ข๐๐ก ๐๐๐-๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐โ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐ฆ๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐น๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐โ๐๐๐ ๐๐๐-๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐ก ๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐ก๐๐๐๐โ ๐๐ก๐ข:
๐ท๐๐๐๐๐ ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐๐๐ข๐ก๐๐ฆ๐ ๐๐โ๐๐ค๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ท๐๐ค๐๐ ๐
๐๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐ข๐๐ก๐ข ๐ก๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐ข๐ ๐ก๐โ๐ข๐ ๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ข๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ข๐ก ๐น๐๐ ๐๐ (3) ๐๐๐๐๐๐๐ 55, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐ข ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐ก๐ข๐ ๐ท๐๐ค๐๐ ๐
๐๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐ก๐โ๐ข ๐๐ข๐๐ขโ๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐โ๐๐ ๐
๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐ข๐๐๐ ๐๐โ๐๐ค๐ ๐๐๐๐ข๐๐ก๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ก๐ข๐ ๐๐๐๐๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐ข๐ ๐โ๐๐ ๐ท๐๐ค๐๐ ๐
๐๐๐ฆ๐๐ก ๐ก๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐โ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐ข, ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐ข โ๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ขโ โ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐๐๐๐ก๐โ๐ข๐๐ ๐๐ก๐ข ๐๐๐ก๐๐๐๐๐.
(2) (๐ท๐๐๐๐๐ ๐ขโ๐๐๐).
(3) ๐ฝ๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐ข๐๐ก๐ข ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐โ๐๐ ๐ท๐๐ค๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐โ ๐๐๐โ๐ข๐๐ข๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐ข๐๐ก๐ข ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ โ๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐โ ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐โ๐๐ ๐ฆ๐๐๐ โ๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐๐โ ๐๐๐โ ๐ ๐๐ ๐ข๐๐ก๐ข ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ข๐ก ๐ฝ๐๐๐ข๐๐ ๐พ๐๐ก๐ข๐๐ขโ, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐ก๐ข๐๐๐ ๐น๐๐ ๐๐ (1) ๐ก๐๐๐๐๐๐โ ๐ก๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐ข.
๐๐ฒ๐ธ๐ผ๐๐ผ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ต๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ธ๐น๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ถ๐ถ๐๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฒ๐ฌ ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ
Huraian saya, Fasal (1) membawa maksud, sekiranya berlaku kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Rakyat maka kekosongan tersebut HENDAKLAH diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan kekosongan tersebut telah berlaku dan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, DAN pilihan raya HENDAKLAH diadakan.
๐๐ฑ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฝ๐ถ๐น๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฒ๐ฌ ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ?
Tidak dinyatakan secara frasa jelas dalam Fasal (1) bahawa pilihan raya hendaklah diadakan dalam masa 60 hari. Namun, apabila kekosongan tersebut perlu diisi dalam masa 60 hari, maka secara mafhumnya pilihan raya hendaklah diadakan dalam masa 60 hari.
๐๐ฒ๐ธ๐ผ๐๐ผ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ต๐๐ป ๐๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐น๐๐บ ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐น๐ถ๐บ๐ฒ๐ป ๐ฏ๐๐ฏ๐ฎ๐ฟ ๐๐ฎ๐ท๐ถ๐ฏ
Sekiranya kekosongan luar jangka itu berlaku pada satu tarikh dalam masa DUA tahun dari tarikh Parlimen bubar wajib setelah mencapai umur LIMA tahun bawah Perkara 55(3), kekosongan tersebut tidak perlu diisi. Walaubagaimana pun, kekosongan tersebut (dalam masa dua tahun sebelum Parlimen bubar wajib) boleh diisi sekiranya Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker) menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya memberitahu kekuatan bilangan majoriti parti yang memerintah adalah terjejas.
๐๐ฒ๐ด๐ฎ๐ด๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐บ๐ฏ๐๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฒ๐ฌ ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฎ๐ต ๐ต๐ฎ๐ป๐๐ฎ ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ถ ๐บ๐ฎ๐ธ๐๐๐ฑ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ป ๐ก๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ
Pada syarat pertama dalam Fasal (1), ia menyatakan dengan maksudโฆKEGAGALAN membuat apa-apa pelantikan sedemikian dalam tempoh yang dinyatakan dalam Fasal (1) (iaitu 60 hari) adalah sah. Syarat ini adalah bagi tujuan Dewan Negara, bukan Dewan Rakyat, kerana ia menggunakan istilah โpelantikanโ, yang merujuk kepada pelantikan ahli Dewan Negara. Kerusi Dewan Rakyat tidak menggunakan istilah lantikan, tetapi istilah umum, iaitu โdiisiโ.
Walaubagaimanapun, perlu dinyatakan tafsiran di atas ada tafsiran saya kerana mahkamah belum memutuskan dalam mana-mana kes tafsiran sebenar Fasal ini.
————————
๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐ฉ๐๐ค๐๐ก ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ค๐ฎ ๐ฌ๐๐ค๐ข๐ซ๐๐ง๐ฒ๐ ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐๐ง ๐ซ๐๐ฒ๐ ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐๐ข๐๐๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐๐ ๐ก๐๐ซ๐ข ๐๐ญ๐๐ฎ ๐ค๐๐ค๐จ๐ฌ๐จ๐ง๐ ๐๐ง ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐๐ข๐ข๐ฌ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐๐ ๐ก๐๐ซ๐ข?
Jawapan:
Sekiranya pilihan raya tidak diadakan dalam masa 60 hari dan seterusnya kekosongan luar jangka tidak diisi dalam masa 60 hari, ia adalah melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.
———————
๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐ค๐๐ก ๐ฐ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ ๐ฎ๐ง๐๐๐ง๐ -๐ฎ๐ง๐๐๐ง๐ ๐ฅ๐๐ข๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐ค๐๐ง ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐๐ง ๐ซ๐๐ฒ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐๐๐ค๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ซ๐ ๐๐ ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ง; ๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐ค๐๐ก ๐๐ค๐ญ๐ ๐๐๐ ๐๐ญ๐๐ฎ ๐๐ซ๐๐ก๐๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐๐ง๐ฃ๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐ ๐ฎ๐ง๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ ๐ข ๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ก ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐๐ง ๐ซ๐๐ฒ๐ ๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ก ๐ฉ๐๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐ข๐๐ง ๐ค๐๐ค๐จ๐ฌ๐จ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ข ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ?
Jawapan:
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara, maka setiap tindakan badan kerajaan, termasuk pihak eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman serta semua pihak hendaklah mematuhinya.
Sekiranya peruntukan Perlembagaan Persekutuan tidak dipatuhi, kesannya kelak ialah tindakan tersebut menjadi suatu yang tidak berperlembagaan. Sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (atau kerajaan) enggan melaksanakan pilihan raya maka tindakan tersebut adalah tidak berperlembagaan.
๐๐ฝ๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐๐ฎ๐ป๐ป๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐๐๐ฎ๐๐ ๐๐ถ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ถ๐๐ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ฎ๐ป?
Kesannya mungkin terdapat tindakan undang-undang yang boleh dilakukan ke atas kerajaan untuk memenuhi tuntutan peruntukan dalam perlembagaan tersebut tersebut. Walaupun mungkin tiada tuntutan seumpama itu tidak akan dibuat oleh mana-mana pihak, pengisian kekosongan dalam Parlimen perlu dibuat kerana ia adalah kehendak demokrasi berparlimen.
๐๐ผ๐น๐ฒ๐ต๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฝ๐ถ๐น๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป, ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฝ๐ถ ๐ฝ๐ฎ๐ฟ๐๐ถ ๐ฝ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ ๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ฑ๐ถ๐ป๐ด?
Ya. Boleh. Suruhanjaya Pilihan Raya boleh mengumumkan hanya seorang calon dan calon itu boleh diisytiharkan sebagai menang tanpa bertanding. Sekali gus pilihan raya tidak perlu berlangsung sebagaimana kebiasaan. Tidak perlu proses pemilihan.
๐๐ฑ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐๐ธ๐๐ฎ ๐ฏ๐ฐ๐ฎ (๐๐ธ๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ๐ด๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ธ๐ถ๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ถ๐ ๐ญ๐ต๐ด๐ด) ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ฟ๐๐ต๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐๐ฎ ๐ฃ๐ถ๐น๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฑ๐ถ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ฎ๐น๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ถ๐น๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ?
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ialah Akta yang terpakai sepanjang pandemik COVID-19 di Malaysia. Sebagai sebuah Akta, sifat Akta 342 ini ialah ia hendaklah sentiasa mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh berbuat sesuatu yang mengatasi Perlembagaan kerana Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara dan mana-mana undang yang dibuat selepas Merdeka adalah tidak sah sekiranya tidak selaras dengan Perlembagaan (setakat mana tidak selaras). Begitu juga dengan Suruhanjaya Pilihan Raya. Suruhanjaya tidak boleh berbuat sesuatu yang tidak selaras dengan Perlembagaan.
————————
๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐ค๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ง ๐๐ข๐ฉ๐ข๐ง๐๐ ๐๐๐ ๐ข ๐ฆ๐๐ฆ๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐ค๐๐ง ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐๐ง ๐ซ๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐ญ๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง ๐๐๐ง ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐๐ข๐๐๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐๐ ๐ก๐๐ซ๐ข?
Jawapan:
Ya. Perlembagaan boleh dipinda bagi tujuan menangguhkan pilihan raya, dengan syarat pindaan tersebut mendapat sokongan dua pertiga majoriti daripada (keseluruhan) ahli Dewan Rakyat sebagaimana kebiasaan prosedur pindaan kepada Perlembagaan.
Sekiranya pindaan tersebut mencadangkan tiada had masa, atau memanjangkan had masa kepada pilihan raya diadakan, ia boleh membuka ruang kepada tidak berlakunya pilihan raya dan ini memberikan kuasa yang besar kepada kerajaan, sehingga tidak mahu mengadakan pilihan raya. Pindaan sebegini tidak dapat memenuhi syarat demokrasi yang memerlukan pilihan raya diadakan pada satu masa yang ditetapkan.
Sekiranya Perlembagaan dipinda bagi tujuan memanjangkan tempoh 60 hari untuk pilihan raya di Batu Sapi, ia perlu bersifat retrospektif (kebelakang) kerana kekosongan kerusi tersebut telah berlaku sebelum pindaan Perlembagaan dibuat. Pindaan tersebut juga akan memberi kesan ke atas kekosongan yang lain walaupun bukan dalam suasana pandemik seperti kini. Sekiranya begitu, pindaan semula perlu dibuat apabila pandemik berakhir.
—————————-
๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐ค๐ข๐ซ๐๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ซ๐๐ญ ๐๐ข๐ข๐ฌ๐ฒ๐ญ๐ข๐ก๐๐ซ๐ค๐๐ง ๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐ค๐๐ก ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐๐ง ๐ซ๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐ญ๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง?
Jawapan:
Ya. Sekiranya darurat diisytiharakan pilihan raya boleh ditangguhkan.
Ini kerana undang-undang darurat boleh dilaksanakan untuk mengatasi segala peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan juga Perlembagaan negeri.
Pada masa darurat, Parlimen, atau Yang di-Pertuan Agong, (sekiranya Dewan-Dewan Parlimen tidak bersidang secara serentak) boleh membuat undang-undang walaupun ia adalah tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan tertakluk kepada beberapa pengecualian yang dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pada masa darurat, kuasa menggubal undang-undang oleh Parlimen amat luas. Parlimen boleh membuat apa sahaja undang-undang walaupun tidak selaras dengan Perlembagaan. Walaupun begitu, Parlimen tidak boleh membuat undang-undang yang tidak selaras dengan Perlembagaan mengenai agama, kewarganegaraan dan bahasa.
Parlimen langsung tidak boleh membuat undang-undang mengenai hukum syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah dan Sarawak. (Lihat Perkara 150(6A))
—————————
๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐ค๐๐ก ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐๐ง ๐ซ๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐๐ฎ๐๐ญ ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐ค๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฎ๐ซ๐๐ญ?
Jawapan:
Ya. Pilihan raya boleh juga dilaksanakan semasa darurat. Ini kerana keadaan darurat juga membenarkan undang-undang sedia ada dilaksanakan tanpa apa-apa perubahan. Tiada undang-undang yang menghalang undang-undang yang lazim dan sedang digunakan diteruskan semasa keadaan darurat.
———————————
๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐ค๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฎ๐ซ๐๐ญ ๐๐ข๐ข๐ฌ๐ฒ๐ญ๐ข๐ก๐๐ซ ๐ก๐๐ง๐ฒ๐ ๐ฉ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ฌ๐ฎ๐๐ญ๐ฎ ๐ค๐๐ฐ๐๐ฌ๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐ญ๐๐ง๐ญ๐ฎ ๐ฌ๐๐ก๐๐ฃ๐?
Jawapan:
Ya. Darurat boleh diisytiharkan pada mana-mana wilayah atau kawasan yang diperlukan sahaja, tidak semestinya pada keseluruhan Persekutuan. (Lihat Perkara 150(1)) Perkara ini pernah berlaku yang mana darurat hanya dibuat bagi negeri Sarawak dan Kelantan sahaja.
————————
๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐ค๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฎ๐ซ๐๐ญ ๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐ข๐๐ฎ๐๐ญ ๐๐ญ๐๐ฌ ๐ฌ๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐ง๐๐๐ฆ๐ข๐ค?
Jawapan:
Telah diputuskan dalam kes Stephen Kalong Ningkan v Government of Malaysia (1968) 2MLJ 238 (PC), Lord Macdermott membuat pemerhatian berikut:
“๐๐๐๐๐๐๐๐๐ฆ ๐ข๐ ๐๐ ๐๐ ๐ด๐๐ก 150 ๐๐ (1) ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ก๐ ๐กโ๐ ๐ข๐๐๐๐ค๐๐ข๐ ๐ข๐ ๐ ๐๐ ๐กโ๐๐๐๐ก ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ฆ ๐๐ ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐ก๐๐๐๐ . ๐โ๐๐๐ ๐ด๐๐ก 149 ๐๐ ๐กโ๐ ๐น๐๐๐๐๐๐ ๐ถ๐๐๐ ๐ก๐๐ก๐ข๐ก๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ก ๐ ๐ก๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ฃ๐๐๐ก๐๐๐ ๐ ๐ข๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐กโ๐๐ก ๐โ๐๐๐๐๐ก๐๐, ๐กโ๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐ ๐ด๐๐ก 150 ๐๐๐ ๐๐ข๐โ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ก๐๐. ๐ด๐๐กโ๐๐ข๐โ ๐๐ “๐๐๐๐๐๐๐๐๐ฆ” ๐ก๐ ๐๐ ๐ค๐๐กโ๐๐ ๐กโ๐๐ก ๐ด๐๐ก ๐๐ข๐ ๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐๐ฆ ๐๐๐๐ฃ๐ ๐๐ข๐ก ๐ ๐ข๐โ ๐๐ ๐ก๐ ๐กโ๐๐๐๐ก๐๐ ๐กโ๐ ๐ ๐๐๐ข๐๐๐ก๐ฆ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐น๐๐๐๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ฆ ๐๐๐๐ก ๐๐ ๐๐ก, ๐กโ๐ ๐๐๐ก๐ข๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐กโ๐ ๐ค๐๐๐ ๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐๐ฆ ๐ค๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐ก๐ข๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐๐๐๐๐๐ , ๐๐๐๐๐ข๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ ๐๐ฃ๐๐๐ก๐ ๐๐ ๐ค๐๐๐ , ๐๐๐๐๐๐๐ , ๐๐๐๐กโ๐๐ข๐๐๐๐ , ๐๐๐๐๐๐ , ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐๐๐๐ก”.
Hakim menyebut perkataan โepidemicsโ, tidak โpandemicโ. โEpidemicโ adalah keadaan yang lebih ringan berbanding pandemik. Maka pastinya darurat boleh diisytihar atas sebab pandemik kerana keadaannya adalah lebih serius.