Pendapat

Gelombang ketiga COVID-19, bagaimana penghujungnya?

Ekonomi makin tenat, menanti Belanjawan 2021 yang bakal diumum

GELOMBANG ketiga COVID-19 di Malaysia semakin menggila dan kelihatan sangat jauh penghujungnya.

Ekonomi semakin tenat. Belanjawan 2021 Negeri Selangor agak mengecewakan. Manakala, jiwa disambar debar menanti Belanjawan 2021 Malaysia yang bakal diumumkan pada minggu hadapan.

Semakin banyak berita kehilangan kerja terpapar di berita mahupun sumber media sosial. Kesan domino dapat dilihat terus, semakin banyak peniaga tepi jalan tumbuh umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Sementara itu, SOP pandemik terus menyekat banyak aktiviti sosial dan pendidikan yang normal.

Apakah punca semua ini? Ke manakah penghujungnya nanti akan membawa kita?

Kehidupan yang terdesak tidak membolehkan kita berfikir secara bebas. Kalau kita cuba membuat kesimpulan luar kotak sekalipun, hanya teori konspirasi yang kerap singgah di ufuk pemikiran.

Kalau betul pun teori konspirasi yang kita baca, tiada apa yang mampu kita buat hari ini untuk mengubah realiti.

Betapa lemahnya kita.

Pemikiran luar kotak sekalipun tidak mampu membuahkan apa-apa kerana kita tiada kuasa.

Ir Lukman Al Hakim Muhammad
Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button