Berita UtamaDunia

Korban gempa bumi Turki kini 39 orang

885 penduduk cedera termasuk 3 kritikal, 20 bangunan runtuh

ANKARA, 15 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda Turki dan Greece kini meningkat kepada 39 orang.

Gempa bumi berukuran 7.0 sekala Richter yang melanda Laut Aegean, semalam turut mencederakan lebih 800 penduduk, lapor Lembaga Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Selepas gempa pada Jumaat, terdapat 658 lagi gempa berukuran 4.0 skala ritcher lebih besar menggegar negara itu pada Sabtu jam 10.15 pagi waktu tempatan.

Aktiviti mencari dan menyelamat diteruskan di sembilan bangunan di wilayah Izmir, pesisir Aegean, kata pihak berkuasa.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu yang memeriksa zon gempa di Izmir berkata, seramai 885 orang cedera akibat gempa bumi itu.

Manakala, Datuk Bandar Izmir Tunc Soyer memberitahu, 20 bangunan runtuh dengan operasi menyelamat difokuskan ke atas 17 daripadanya.

Sebelum itu, Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca berkata, 243 orang sedang dirawat di hospital, lapan berada dalam rawatan intensif, dengan tiga daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, para penyelamat yang menggali tembok konkrit berkata, sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam kejadian sama.

Pada 1999, gempa bumi berukuran 7.4 skala Richter pernah melanda barat laut Turki dan mengorbankan 17,000 orang termasuk 1,000 di Istanbul. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button