Berita UtamaDunia

Perintah berkurung 4 minggu di England

Virus merebak lebih cepat berbanding jangkaan penasihat saintifik

LONDON, 15 Rabiulawal 1442H, Ahad – Peningkatan kes wabak COVID-19 menyebabkan England sekali lagi melaksanakan perintah berkurung selama empat minggu.

Arahan itu berkuat kuasa 5 November sehingga 2 Disember – susulan kes positif COVID-19 di United Kingdom (UK) mencecah sejuta pada Sabtu (semalam).

Penduduk England perlu duduk di rumah. Pengecualian hanya diberikan untuk mereka yang bekerja dalam sektor pendidikan – sekolah, kolej dan universiti akan dibuka.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berkata, ancaman terbesar terhadap kesihatan awam berpunca daripada kurangnya fokus dalam memerangi COVID-19.

Katanya, sekarang adalah masanya untuk bertindak kerana kita tiada alternatif lain.

“Virus kini merebak lebih cepat berbanding jangkaan paling buruk oleh penasihat saintifik,” kata Boris.

Scotland, Wales dan Ireland Utara sudah melaksanakan separa perintah berkurung dalam usaha mengurangkan lonjakan kes.

COVID-19 kini sudah meragut 1,189,892 nyawa dan menjangkiti 45,650,850 individu di seluruh dunia sejak dikesan akhir tahun lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button