Berita UtamaDunia

Sejuta penduduk pindah, Taufan Goni badai Filipina

Kawasan pantai juga berisiko, ombak tinggi sehingga 3 meter

LEGASPI, 15 Rabiulawal 1442H, Ahad – Taufan Goni mula membadai Filipina hari ini – dijangka mengakibatkan bencana dan kesan paling buruk di negara itu.

Ribut taufan paling dahsyat itu mula membadai Pulau Catanduanes pada jam 4.50 pagi waktu tempatan dengan kelajuan angin maksimum 225 kilometer (140 batu) sejam.

Dalam tempoh 12 jam ini, peramal cuaca negeri memaklumkan, angin kencang dan hujan lebat di wilayah Bicol membabitkan bahagian hujung selatan pulau utama Luzon dan Catanduanes.

Serentak itu hampir sejuta penduduk kini dipindahkan sebagai langkah keselamatan kerana bimbang berlaku banjir dan tanah runtuh.

Ketua Pertahanan Awam, Ricardo Jalad berkata, pihak berkuasa kini bersiap siaga dalam misi menyelamat termasuk menyediakan kenderaan dan barangan bantuan sebelum berlaku taufan.

Katanya, kawasan pantai juga berisiko mengakibatkan ombak tinggi sehingga tiga meter yang boleh mengancam nyawa.

“Keadaan itu berupaya enenggelamkan kawasan rendah,” katanya.

Taufan Goni yang kelajuannya semakin kuat ketika menghampiri Filipina membadai seminggu selepas Taufan Molave menyerang wilayah sama di kepulauan yang kerap terdedah bencana alam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button