Berita Utama

Israel bincang normalisasi 5 negara selepas pilihan raya AS

Negara tersebut adalah Arab Saudi; Oman; Qatar; Niger; Maghribi

BAITULMAQDIS, 16 Rabiulawal 1442H, Isnin – Israel akan memperhebat perbincangan mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan lima negara berikutan pemilihan presiden 3 November di Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Anadolu menurut seorang menteri Israel.

“Setelah menandatangani perjanjian dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), saya mengatakan akan ada perjanjian lain dengan negara dari Teluk dan negara Afrika, dan kemudian Bahrain dan Sudan akan turut serta dalam perjalanan bersejarah ini,” kata Menteri Perisikan Eli Cohen dalam satu kenyataan baru-baru ini.

“Ada lima yang lain, iaitu Arab Saudi, Oman, Qatar, Niger dan Maghribi, dan rundingan dengan negara-negara ini akan dipertingkatkan setelah pemilihan presiden AS,” tambahnya.

Setakat ini, UAE, Bahrain dan Sudan telah mengumumkan untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button