Dunia

Ketua Pengarah WHO dikuarantin dikenal pasti kontak kes COVID-19

'Ia adalah cara untuk kita putuskan rantaian penularan pandemik'

ANKARA, 16 Rabiulawal 1442H, Isnin – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Ahad berkata beliau telah dikenal pasti sebagai kontak rapat seseorang yang positif COVID-19 tetapi dalam keadaan sihat, lapor Agensi Anadolu.

“Saya telah dikenal pasti sebagai kenalan seseorang yang telah positif #COVID19. Saya sihat dan tanpa gejala tetapi akan menjalani kuarantin kendiri untuk beberapa hari akan datang, sesuai dengan protokol @WHO, dan bekerja dari rumah,” ciapnya di Twitter.

“Sangat penting agar kita semua mematuhi panduan kesihatan. Ia adalah cara untuk kita memutuskan rantaian penularan #COVID19, menewaskan virus, dan melindungi sistem kesihatan.

“Sahabat-sahabat saya @WHO dan saya akan terus berkomunikasi dengan rakan-rakan dan bersatu untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi mereka yang terancam. Bersama-sama!,” tambahnya.

COVID-19 telah meragut lebih 1.19 juta nyawa di 189 negara dan wilayah sejak kali pertama ia dikesan di Wuhan, China, pada Disember tahun lalu.

Amerika Syarikat, India, dan Brazil kekal negara paling teruk terjejas.

Lebih 46 juta kes dilaporkan di seluruh dunia, dengan pemulihan melebihi 31 juta, menurut angka yang dikumpul oleh Johns Hopkins University yang berpangkalan di AS. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button