Berita Utama

Hina Nabi: Umat Islam Malaysia diajak boikot produk Perancis

Sokong kempen #BoycottFrenchProducts seperti dilakukan negara Arab

BANGI, 10 Rabiulawal 1442H, Selasa – Tunjukkan solidariti anda dengan memboikot produk dan barangan buatan Perancis!

Itu antara langkah yang umat Islam boleh lakukan sebagai bantahan terhadap tuduhan Presiden Perancis, Emmanuel Macron – yang menuduh agama Islam berada dalam krisis di seluruh dunia.

Selain itu, umat Islam di Malaysia juga digesa menyokong kempen #BoycottFrenchProducts yang telah memberi impak besar di beberapa buah negara Arab.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ir Muhammad Lukman Abdul Hakim Muhammad berkata, marilah kita bersolidariti dengan tidak lagi membeli barangan buatan Perancis.

Antaranya Vinci, Lore’al, Hermes, Air Liquide, Orange, Christian Dior, Peugeot, Michelin, Danone, dan Saint-Gobain.

“Adakah kita umat Islam mampu duduk diam apabila Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan kepimpinan tertinggi negaranya dengan selamba menghina Islam dan mengaitkan Islam adalah agama dalam krisis di seluruh dunia?

“Macron juga mempertahankan tindakan menghina Nabi Muhammad yang dilakukan dalam bentuk lukisan karikatur dan berazam untuk mengetatkan undang-undang Perancis bagi menyekat kebebasan umat Islam untuk mengamalkan agama masing-masing di negara itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengecam tindakan Islamophobia pemimpin negara itu, Muhammad Lukman menegaskan bahawa kesabaran umat Islam ada batasnya.

“Kita mungkin lemah, tetapi kita ada kekuatan angka yang mampu menggoncang dunia.

“Ayuh, manusia bedebah ini harus kita ajar,” katanya.

Gesaan memboikot produk Perancis semakin meningkat di rantau Arab dan negara muslim beberapa hari selepas Macron dengan angkuH menyatakan negara itu tidak akan melarang karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Hashtag #BoycottFrenchProducts turut menjadi ‘trending’ di Twitter sebagai tanda protes terhadap sentimen anti-Islam yan kembali meningkat di Paris susulan kejadian seorang guru dipenggal kerana tindakan biadabnya menunjukkan karikatur Rasulullah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button