Berita Utama

Pejuang mahu teliti Belanjawan 2021 sebelum beri sokongan

Ada idea bantu atasi bahagian tertentu masalah ekonomi negara

KUALA LUMPUR, 16 Rabiulawal 1442H, Isnin – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mahu meneliti terlebih dahulu kandungan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 Nov, sebelum membuat keputusan untuk memberi sokongan.

Pendirian itu adalah keputusan sebulat suara empat Ahli Parlimen Bebas parti itu iaitu Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Dalam kenyataan bersama, ahli Parlimen berkenaan berkata langkah itu bertujuan memastikan belanjawan memberi kesejahteraan kepada rakyat dan menghidupkan semula ekonomi negara.

“Kami merasakan, memberi persetujuan tanpa terlebih dahulu meneliti isi kandungan belanjawan tersebut adalah tidak bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, empat ahli parlimen itu juga mempunyai pandangan dan idea tentang cara membantu mengatasi bahagian tertentu masalah ekonomi negara.

Kenyataan itu juga menyebut penelitian terhadap Belanjawan 2021 itu juga bukan bertujuan politik sebaliknya untuk menunaikan janji kepada rakyat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button