Berita Utama

Pekebun kecil getah boleh tuntut IPG mulai 1-30 November ini

Tuntutan berdasarkan kepada pengeluaran bulan Oktober 2020

KUALA LUMPUR, 16 Rabiulawal 1442H, Isnin –- Pekebun kecil boleh membuat tuntutan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan kepada pengeluaran bulan Oktober 2020 mulai 1 hingga 30 November, 2020, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

LGM dalam satu kenyataan hari ini berkata IPG bagi bulan Oktober 2020 di Semenanjung adalah sebanyak 10 sen sekilogram, manakala bagi Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak 40 sen dan 35 sen sekilogram.

“Pada bulan Oktober 2020, harga purata peringkat ladang bagi sekilogram ‘cuplump’ adalah RM2.40 untuk Semenanjung, RM2.10 Sabah dan RM2.15 Sarawak,” kata lembaga berkenaan.

Mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah, kata LGM. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button