Berita UtamaPendapat

Penerima darjah kebesaran tiada kelayakan rendahkan institusi raja

Apa sumbangan jutawan Cina dapat darjah kebesaran setiap tahun?

1. DARJAH kebesaran sepatutnya merupakan simbol pengorbanan yang tinggi terhadap negara yang telah diberikan dalam bidang kepakaran para penerima masing-masing.

Ia mestilah luar biasa dan sukar dicapai oleh orang lain, barulah penerimanya akan dikategorikan sebagai istimewa.

2. Contohnya adalah seperti pesara tentera yang menunjukkan keberanian luar biasa mempertahankan negara dari musuh luar, saintis atau pakar ekonomi yang telah mengharumkan nama Malaysia di mercu dunia, aktivis kemanusiaan yang telah menggadaikan nyawa menjayakan misi di negara-negara bergolak dan ahli politik yang menunjukkan kesetiaan kepada perlembagaan negara dengan memperjuangkan Islam, Melayu dan institusi Raja.

3. Sebaliknya, jika darjah kebesaran ini diberikan kepada individu yang tiada sumbangan jelas kepada negara, ia akan merendahkan institusi raja itu sendiri.

Apatah lagi jika yang menerima darjah kebesaran itu terang-terangan menentang perpaduan nasional, identiti negara Malaysia, anti-Perlembagaan dan pernah mencaci institusi raja itu sendiri.

4. Kita sering juga melihat ahli perniagaan atau jutawan Cina mendapat darjah kebesaran setiap tahun. Apa sebenarnya sumbangan mereka kepada negara?

5. Benar, akhirnya institusi raja mempunyai hak penuh mengurniakan darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.

Namun jika tiada perubahan berlaku dalam hal ini, ia akan memberikan tanggapan yang salah kepada institusi yang berdaulat ini sendiri.

Ir. Ts. Lukman Al Hakim

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button