Kolumnis

Segera bertindak terhadap barbarik ultra kiasu kecil

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

TINDAKAN barbarik ultra kiasu kecil yang berada di menara gading bukan perkara baharu, kerana ini bukan kali pertama. Mereka tidak akan sebegitu berani jika tidak ada ultra kiasu besar di belakang.

Tidak termasuk lagi tindakan ultra kiasu kecil ini, mengeluar dan menayangkan plakad yang tertera di atasnya frasa ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ sambil melaungkan perkataan-perkataan tersebut juga menjerit “Ini Tanah Malaysia” setelah menerima ijazah beliau di atas pentas semasa sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59 tahun lalu.

Malangnya, tidak ada tindakan tegas dikenakan ke atas ultra kiasu barbarik ini. Maklumlah ketika itu ultra kiasu besar berada di puncak kuasa. Inilah bahaya jika ultra kiasu diberi peluang berada dipuncak kuasa. Sebab itu, mereka bermati-matian untuk mendapatkan kembali kuasa itu.

Terbaharu, ultra kiasu kecil ini mempersoalkan campur tangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam urusan Eksekutif, berkaitan isu darurat kesihatan.

Menurut ultra kiasu kecil ini, dalam sistem demokrasi berparlimen raja berperlembagaan, walaupun Malaysia mengekalkan sistem monarki, raja hanya mempunyai status simbolik yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Artikel 40, perenggan 1A Perlembagaan, Ketua Tertinggi Persekutuan harus bertindak sesuai dengan nasihat yang dibuat oleh Kabinet.

Ternyata ultra kiasu kecil ini langsung tidak mahu memahami sejarah asal usul Raja-Raja Melayu dan Tanah Melayu. Mata pelajaran Sejarah hanya diambil sebagai hafalan untuk lulus cemerlang, bukan untuk difahami agar menjadi warganegara yang baik dan berbakti.

Mereka ini terlalu didedahkan dengan sejarah komunis ketika di luar sekolah. Sebab itu, mereka terlalu celupar dan kurang ajar.

Menurut Iskandar Hasan Tan, pengaruh Li Da Zhao dalam Gerakan Budaya Baru terlalu mempengaruhi pelajar-pelajar aliran pendidikan China pasca Perang Dunia Kedua di Asia Tenggara. Antaranya ialah budaya demokrasi tanpa pengaruh feudalisma atau budaya demokrasi tanpa raja. Gerakan Budaya Baharu memperlihatkan, sistem feudal adalah merupakan punca kepada kemunduran sesebuah negara yang mengekalkannya. Justeru, sistem perlu dihapuskan dan diganti dengan budaya pemerintahan sistem kelas pekerja.

Inilah fahaman barbarik ultra kiasu yang mesti dihentikan dan diambil tindakan.

Menurut Iskandar Hasan Tan lagi, sistem paling sesuai untuk kehidupan yang maju kepada ultra kiasu ini, adalah sistem tanpa agama dan tanpa sistem feudal. Ia berkait rapat dengan asas ajaran Lenin yang diambil daripada Karl Marx. Kemudian dikembangkan di Perancis. Pada era tahun 1930 an, ramai cendekiawan China pergi ke Perancis mempelajari ajaran Lenin dan cara budaya revolusi yang mengubah sistem kehidupan rakyat China.

Akhirnya, fahaman ini dinamakan Maoisma sempena budaya revolusi di China yang dilaksanakan antara tahun 1966 hingga 1976. Gerakan Budaya Baharu sering kali mempengaruhi pelajar-pelajar Cina aliran sekolah pendidikan Cina tertentu di Malaysia selepas 1980 an. Fahaman ini berbeza dengan fahaman komunis Russia. Propaganda golongan ini adalah demokrasi tanpa sistem feudal yang menjurus kepada sistem pemerintahan kelas pekerja (Iskandar Hasan Tan, 1.11.2020).

Melihat kepada tindak-tanduk barbarik mereka, tidak mustahil desakan dan idea mereka ini ada kaitan dengan Gerakan Budaya Baharu itu.

Justeru, ia mesti dibendung dan dihentikan segera.

Pertama, buang barbarik ultra kiasu kecil ini dengan segera. Ultra kiasu kecil ini tidak layak berada di menara gading terulung ini. Mereka ini ibarat barah yang akan merebak ke tempat yang lain.

Ultra kiasu kecil ini sebenarnya penakut, sebab itu, apabila sudah viral, cepat-cepat dipadamkan hantaran mereka itu.

Ultra kiasu kecil tidak akan berani bertindak tanpa ultra kiasu besar di belakangnya.

Memahami psiki orang Cina, antara perkara yang paling ditakuti adalah jika dibuang sekolah, dibuang kolej atau terhenti pembelajarannya.

Kenapa orang Cina beranak sedikit hari ini berbanding dahulu? Kenapa orang Cina sanggup berhabis untuk pendidikan anak-anak mereka? Kepada orang Cina, pendidikan itu adalah tunggak kepada kejayaan hidup, walaupun tidak semua.

Tindakan membuang ultra kiasu barbarik akan memberi pengajaran besar kepada mereka.

Kedua, haramkan persatuan ini yang tidak membawa faedah ini dengan segera. Majoriti keahlian mereka adalah si sepet. Maka faham-faham sahajalah.

Kita merasa pelik kenapa pihak pentadbiran universiti ini membenarkan persatuan-persatuan pelik ditubuhkan? Apa rasionalnya? Sedangkan sudah terlalu banyak persatuan di universiti. Ini tidak termasuk persatuan anak negeri dan sebagainya.

Ketiga, Gerakan Budaya Baharu yang antifuedal mesti disiasat dalam kalangan ultra kiasu kecil dan ultra kiasu besar di belakangnya. Sokongan mereka terhadap gerakan antifuedal di Thailand amat jelas menunjukkan

Keempat, beranikah Naib Canselor Universiti Malaya baharu untuk mengambil tindakan terhadap mereka ini?

Kalaulah yang melakukan tindakan yang sama adalah anak-anak Melayu (Islam), rasanya sudah lama tindakan dikenakan. Tetapi bila tiba kepada ultra kiasu, kita menjadi kecut perut.

Pesan saya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kebebasan bersuara ada hadnya.

Seperti Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengulas isu kontroversi karikatur Nabi Muhammad ﷺ, seperti yang diterbitkan akhbar mingguan satira Charlie Hebdo dari Perancis, hak kebebasan bersuara boleh dipraktikkan, tetapi bukan bermakna dilakukan tanpa batas dan sewenang-wenangnya melukai masyarakat tertentu.

Orang Melayu sudah terlalu banyak kali terluka dengan tindak-tanduk barbarik ultra kiasu ini yang terlalu menentang arus dalam negara yang bukan asal-usulnya.

Meskipun benar Yang di-Pertuan Agong tidak ada kuasa Eksekutif seperti yang didakwa, tetapi ingat, sejarah asal usul Raja-Raja Melayu tidak pernah padam seperti mana padamnya sejarah asal usul raja-raja negara Tanah Besar China.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button