Dunia

COVID-19: Sepanyol tolak perintah berkurung walaupun kes melonjak

28 peratus ICU di semua hospital dipenuhi pesakit COVID-19

OVIEDO, 17 Rabiulawal 1442H, Selasa – Kerajaan Sepanyol menolak pelaksanaan perintah berkurung sepenuhnya di wilayah yang teruk dijangkiti kes COVID-19, meskipun Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan 55,019 lagi jangkitan baharu.

Jumlah kes baharu melonjak sepanjang tiga hari kebelakangan ini, dan terus meningkat berbanding minggu lalu. 

Sementara jumlah kes aktif yang dirawat pula melonjak kepada 19,170 dengan lebih 15 peratus daripada semua katil di hospital kini dipenuhi pesakit COVID-19.

Lebih membimbangkan apabila 28 peratus daripada semua unit rawatan rapi (ICU) yang ada di negara itu – termasuk di hospital sementara – juga digunakan untuk merawat pesakit pandemik berkenaan. 

Semalam, kerajaan wilayah Asturias – di mana bilangan kes jangkitan lebih tinggi berbanding gelombang pertama – mengumumkan langkah-langkah ketat untuk memerangi wabak itu. 

Kerajaan daerah mengumumkan untuk melaksana perintah kawalan pergerakan dan menutup semua aktiviti tidak penting bermula esok.

Pemimpin wilayah itu turut meminta kerajaan pusat memberi kuasa untuk pihaknya melaksanakan perintah berada di rumah selama sekurang-kurangnya 15 hari. 

Keadaan darurat di Sepanyol tidak termasuk sokongan undang-undang untuk berada di rumah, dan Menteri Kesihatan Sepanyol, Salvador Illa berkata, kerajaan tidak merancang untuk mengenakan perintah berkurung yang ketat. 

“Kita percaya bahawa dengan langkah-langkah yang telah dilakukan, kita dapat mengendali pandemik ini,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button