Berita UtamaDunia

Dua orang awam terbunuh dalam serangan pengganas di Vienna

Polis tembak mati seorang suspek, satu lagi masih bebas

VIENNA, 17 Rabiulawal 1442H, Selasa – Beberapa penyerang membunuh sekurang-kurangnya dua orang awam dan mencederakan puluhan yang lain dengan teruk dalam serangan pengganas yang bermula di kawasan sekitar rumah ibadat Yahudi di ibu negara Austria, kata pegawai polis dan pemerintah Vienna.

Tentera dikerahkan untuk menjaga bangunan sementara seluruh pasukan polis difokuskan mengawal keadaan dalam serangan berterusan di Vienna, ketika ini.

Menteri Dalam Negeri, Karl Nehammer memberi amaran, awal hari ini bahawa sekurang-kurangnya seorang suspek masih bebas, dan seluruh bandar harus dianggap berbahaya.

Penyerang dilaporkan melepaskan tembakan ke arah orang ramai di bar dan restoran, terutama pada mereka yang berada di tempat duduk luar, kata Karl kepada televisyen Austria.  

Karl mengatakan bahawa penyerang itu bersenjatakan senapang.

Seorang pejalan kaki telah ditembak dan dibunuh, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital akibat kecederaan.

“Kami masih memerangi pengganas bersenjata,” katanya.

Wall Street Journal melaporkan, polis telah menembak dan membunuh salah seorang penyerang, menurut jurucakap polis.  

Operasi polis memusatkan perhatian di enam lokasi di pusat Vienna di mana penyerang melepaskan tembakan.  

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Vienna berkata, lebih daripada 15 orang cedera, termasuk tujuh yang parah.  

Seorang pegawai polis terpaksa menjalani pembedahan setelah ditembak oleh penyerang.

Penyerang yang dibunuh oleh polis memakai jaket bunuh diri palsu, kata Datuk Bandar Vienna, Michael Ludwig.

Sehingga kini, pihak berkuasa tidak memberi komen mengenai siapa yang berada di belakang serangan itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button