Berita UtamaDunia

Kuwait tutup kedai jual produk Israel

Kementerian jalankan pemeriksaan selepas terima aduan pengguna

KUWAIT, 17 Rabiulawal 1442H, Selasa – Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Kuwait menutup lapan kedai, salah satunya kerana menjual produk Israel, dan merujuk kes itu ke Pejabat Pendakwaan.

Kementerian itu dalam satu kenyataan semalam mengatakan bahawa ‘pasukan pemeriksaan telah merampas produk buatan Israel yang dilarang di pasaran tempatan selaras undang-undang semasa.’

Ia termasuk alat ganti kereta yang diedarkan oleh sebuah syarikat di Shuwaikh, Kuwait City. 

Kenyataan itu menyatakan bahawa kementerian menerima aduan daripada pengguna yang menunjukkan bahawa sebuah syarikat tempatan menjual barangan buatan Israel.

Kementerian berkata, setelah menerima aduan itu, pasukan berwajib telah menjalankan pemeriksaan barang-barang tersebut, yang ternyata dibuat oleh entiti Zionis.  

Produk yang dirampas terdiri daripada 77 termostat bersaiz kecil dalam kotak yang dilabel ‘buatan Israel’.

Pada masa sama, kenyataan itu mengesahkan bahawa empat daripada tujuh kedai itu melanggar keputusan menteri, yang melarang penjualan barang palsu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button