Berita UtamaDunia

Puluhan lagi tahanan Palestin di penjara Israel positif COVID-19

PPS gesa institusi antarabangsa beri tekanan kepada rejim Israel

BAITULMAQDIS, 17 Rabiulawal 1442H, Selasa – Sebuah kumpulan hak asasi manusia Palestin menyuarakan keprihatinan terhadap keadaan kesihatan tahanan warganya di penjara Israel selepas puluhan lagi disahkan positif coronavirus.

Persatuan Tahanan Palestin (PPS) mengatakan dalam laporan bahawa jangkitan terbaharu menjadikan 43 orang tahanan Palestin dijangkiti COVID-19.

Katanya, tahanan yang baharu dijangkiti berada di Bahagian 3 penjara Gilboa di utara Israel, lapor laman web berita Arab48.

Ia memaklumkan bahawa tahanan Palestin, yang dijangkiti virus telah berhubung dengan sebahagian besar tahanan di bahagian tersebut.

Laporan itu juga berkata, jumlah sebenar mereka yang dijangkiti mungkin jauh lebih besar daripada diketahui.

PPS menekankan bahawa hampir 90 tahanan Palestin kini ditahan di penjara di Seksyen 3 penjara Gilboa, dan mereka adalah antara 360 orang yang dipenjarakan di empat bahagian pusat tahanan.

PPS kemudian meminta institusi hak asasi manusia antarabangsa dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) khususnya, untuk memikul tanggungjawab serta memberikan lebih banyak tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk menyetujui penempatan jawatankuasa perubatan yang tidak memihak demi mengawasi tahanan Palestin. 

Pada 23 Julai, mahkamah tertinggi Israel memutuskan bahawa tahanan Palestin tidak memiliki hak untuk dilindungi secara fizikal terhadap coronavirus. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button