Berita Utama

Semua kakitangan Parlimen termasuk Polis Bantuan bebas COVID-19

Hanya dua kes positif babit petugas media, pegawai Ahli Dewan Negara

BANGI, 17 Rabiulawal 1442H, Selasa – Parlimen Malaysia mengesahkan semua kakitangan dan pegawainya bebas daripada jangkitan COVID-19.

Ini selepas ujian saringan diadakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada 28 dan 30 Oktober lalu, membabitkan kesemua pegawai serta kakitangan termasuk Polis Bantuan yang bertugas di Parlimen.

Ketua Pentadbir Parlimen berkata, bagaimanapun melalui hasil ujian itu, terdapat dua kes positif membabitkan petugas media dan seorang pegawai kepada Ahli Dewan Negara.

“Kedua-dua kes tersebut telah pun diambil tindakan oleh KKM sejurus selepas keputusan ujian saringan diperolehi.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Parlimen Malaysia telah membuat pelbagai usaha serta persediaan yang sewajarnya untuk mengekang penularan wabak COVID-19 bagi memastikan kelancaran persidangan dan pembentangan belanjawan yang akan diadakan pada 6 November nanti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button