Berita UtamaDunia

Serangan di Universiti Kabul bunuh 35 nyawa

Pelajar protes rundingan damai tak kurangkan keganasan

KABUL, 17 Rabiulawal 1442H, Selasa – Angka kematian akibat serangan di Universiti Kabul meningkat sekurang-kurangnya kepada 35 orang, kata dua sumber kerajaan hari ini.

Kedua-dua sumber itu berkata, kebanyakan mereka yang terbunuh adalah pelajar dan sekitar 50 orang lagi cedera.

Sebahagian dari mangsa yang cedera patah anggota badan kerana melompat dari tingkap untuk menyelamatkan diri dari serangan yang berlaku ketka kelas pagi.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, jumlah kematian secara rasmi adalah 22 orang manakala 27 yang lain cedera.

Taliban menafikan terbabit dalam serangan berkenaan – yang berlaku selepas letupan bulan lalu – membunuh puluhan pelajar di sebuah pusat bimbingan.

Namun beberapa pegawai kerajaan Afghanistan, termasuk Naib Presiden Afghanistan, Amrullah Saleh mendakwa Taliban terlibat.

Afghanistan mengadakan hari berkabung pada Selasa, dengan banyak bendera berkibar setengah tiang.

Selain itu, sekitar 100 pelajar berkumpul di luar universiti bagi memprotes bahawa rundingan damai dengan pemberontak Taliban di Doha tidak menyebabkan pengurangan keganasan.

Salah seorang pelajar yang memprotes dikenali sebagai Zaryab Paryani berkata, walaupun serangan seperti ini dilihat setiap hari, namun masih ada rundingan damai dengan mereka yang mana sungguh mengerikan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button