Berita UtamaIstimewa

Siapa DAP di sebalik kenyataan UMANY?

Bukan hanya haramkan UMANY, siasat juga 'mereka' dalam gambar

BANGI, 17 Rabiulawal 1442H, Selasa – Siapa dan apa peranan parti tamak haloba, DAP di sebalik kenyataan Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY)?

Demikian persoalan yang ditimbulkan Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Omar Kassim, susulan tular gambar yang memaparkan pemimpin DAP, Tony Pua bersama ahli persatuan berkenaan.

Dalam foto berkenaan, Tony Pua dilihat bergambar bersama barisan ahli UMANY, yang menyatakan bahawa Ahli Parlimen Damansara itu terbabit sebagai tenaga pengajar siri Kuliah Demokrasi UMANY.

Jika foto tersebar itu benar, Ustaz Omar mendesak supaya bukan hanya UMANY diharamkan, bahkan siasatan juga perlu dibuat terhadap Tony Pua serta individu di dalam gambar berkenaan.

“Apakah yang telah disampaikan dalam sesi tersebut? Siapa DAP disebalik kenyataan-kenyataan UMANY selama ini?

“Adakah Tony Pua sendiri penasihat UMANY? Apakah bahan yang telah disampaikan oleh Tony Pua kepada UMANY,” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, UMANY menerusi hantaran Facebook didakwa mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam urusan politik negara.

UMANY mendakwa, Malaysia telah meneruskan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sejak penubuhannya.

Kata pertubuhan itu, di bawah sistem, walaupun Malaysia mengekalkan sistem monarki, raja hanya mempunyai status simbolik yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Artikel 40, perenggan 1A Perlembagaan, Ketua Tertinggi Persekutuan harus bertindak sesuai dengan nasihat yang dibuat oleh Kabinet.

Sama ada melantik Ketua Hakim, duta diplomatik bahkan meluluskan berbagai undang-undang di Parlimen, raja tidak mempunyai wewenang, kata UMANY.

Mengutuk kenyataan pertubuhan dipercayai pro-DAP itu, Ustaz Omar menegaskan bahawa sistem raja berperlembagaan di negara ini perlu dihormati oleh setiap rakyat.

“Seperti biasa, DAP umpama telunjuk lurus kelingking berkait,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button