Berita Utama

Suspek kes bunuh Siti Nur Surya direman 7 hari

Bolehkan polis jalan siasatan ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

MARANG, 17 Rabiulawal 1442H, Selasa – Seorang pelajar perempuan tingkatan enam yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Siti Nur Surya Ismail yang mayatnya ditemukan dengan kesan tetakan pada badan manakala tangan kirinya putus dalam kejadian di Lubuk Batu, Terlemong, Ahad lepas, ditahan reman tujuh hari.

Majisret Engku Nurul Ain Engku Muda hari ini membenarkan pelajar berusia 19 tahun, yang merupakan rakan sekolah mangsa sehingga tingkatan lima itu direman bermula hari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu, tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 10.10 pagi, kelihatan sugul dan menggigil, seolah-olah menahan sebak, selain panik apabila dihampiri ramai jurugambar.

Pelajar berkenaan ditahan di Balai Polis Telemong pada pukul 8.15 pagi semalam ketika tampil bersama ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian Ahad lepas, Siti Nur Surya, 19, yang menjaga ibunya yang terlantar akibat sakit kanser otak tahap tiga, ditemukan dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya.

Mayat mangsa ditemukan adik perempuannya yang berusia 15 tahun semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button