Artikel Khas

AS sedang tenggelam teruk, menuju kehancuran

Kemenangan Donald Trump atau Joe Biden bukan lagi persoalan

AMERIKA Syarikat adalah sebuah negara yang sedang tenggelam teruk, menuju kehancuran.

Sama ada Trump atau Biden menang bukan lagi persoalan

Persoalan yang belum mampu dijawab oleh ramai presiden-presiden sebelum ini, apatah lagi Trump ialah:

1) Identiti dan rupa bentuk negara AS berdasarkan perkembangan dunia terkini (conservatisme vs progressivisme);

2) Isu polisi luar negara (foreign policy) terutama hubungan dengan Israel dan jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh AS terhadap negara-negara Islam di seluruh dunia;

3) Masalah kawalan terhadap kemasukan warga asing (immigrant);

4) Isu kemelesetan ekonomi, beban hutang negara yang terlalu tinggi dan kadar pengangguran yang semakin meningkat;

5) Pendirian terhadap agama Islam yang sedang berkembang amat pesat di AS dan polisi kerajaan terhadap umat Islam di sana;

6) Isu pengurusan aspek sosial negara yang amat asas seperti pakej kesihatan (healthcare), pendidikan (education), keganasan senjata api (gun violent) dan banyak lagi;

7) Isu perkahwinan sejenis (same sex marriage), kadar pengguguran janin yang tinggi (abortion) serta keruntuhan institusi keluarga dan rumahtangga yang amat kronik;

8) Isu pencemaran alam, tenaga alternatif, penyalahgunaan teknologi peperangan dan nuklear serta industri persenjataan;

God ‘Bless’ America!

Ir Ts Lukman Al Hakim
Pemerhati Politik

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button