Dunia

Daesh mengaku lakukan serangan di Vienna, bunuh 4 orang awam

Suspek guna senjata api automatik lepaskan tembakan rambang

VIENNA, 18 Rabiulawal 1442H, Rabu – Kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas serangan keganasan yang mengorbankan empat nyawa di Vienna, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Amaq News Agency. 

Pengakuan itu dibuat menerusi kenyataan bersama gambar serta video bagi tujuan memaparkan suspek bersenjata itu.

Gambar yang dimuat naik di Telegram itu menunjukkan seorang lelaki berjanggut dikenali sebagai Abu Dagnah Al-Albany. 

Kenyataan itu mendakwa, individu terbabit telah menyerang orang ramai menggunakan senjata api sebelum ditembak mati oleh pihak polis. 

Dalam foto berkenaan, Albany dilihat membawa supucuk pistol, mesingan, sebilah parang dan memakai cincin yang mempunyai kalimah ‘Muhammad utusan Allah’.

Amaq News Agency menyiarkan video Albany beberapa minit kemudian di mana dia dipercayai orang suruhan kepada pemimpin Daesh, Abu Ibrahim al-Hashemi al-Quraishi.

Terdahulu, pegawai Austria telah mengenal pasti penyerang sebagai Kujtim Fejzulai, dua warganegara Austria dan Macedonia Utara yang telah dijatuhi hukuman 22 bulan penjara pada April 2019 kerana cuba melakukan perjalanan ke Syria untuk menyertai militan Daesh.

Sementara, lelaki bersenjata yang mati ditembak polis disahkan telah bebas dari penjara kira-kira hampir setahun lalu. 

Empat individu maut dalam serangan di Vienna malam Isnin lalu apabila seorang penyokong Daesh melepaskan tembakan rambang menggunakan senjata automatik.

Susulan itu, pasukan keselamatan Austria menyerbu 18 kediaman berbeza termasuk rumah suspek, Kujtim, 20, dah menahan 14 individu bagi mencari petunjuk rakan subahat.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button