Dunia

Kematian akibat gempa bumi di Turki cecah 113

137 masih dirawat, 898 lagi sudah dibenarkan keluar hospital

ANKARA, 18 Rabiulawal 1442H, Rabu – Angka kematian akibat gempa bumi kuat di wilayah Aegean, Turki minggu lalu, kini sudah mencecah 113 orang, menurut pihak berkuasa. 

Badan Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) memberitahu, sebanyak 137 mangsa masih menerima rawatan di hopsital, sementara 898 lagi dibenarkan pulang.

Menurut agensi itu, sebanyak 1,621 gempa susulan – 44 daripadanya dengan magnitud lebih 4.0 – telah direkodkan sejak gempa berukuran 6.6 skala Richter pada Jumaat lalu, yang menggegarkan Izmir, bandar ketiga terbesar di Turki dengan lebih 4.3 juta penduduk.

Turki adalah antara zon seismik paling aktif di dunia kerana terletak di beberapa garisan aktif dan pernah mengalami gempa bumi dahsyat sebelum ini, termasuk berkekuatan 7.6 Marmara pada tahun 1999. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button