Berita UtamaDunia

Malawi buka kedutaan untuk Israel di Baitulmaqdis

Menteri Luar puji langkah normalisasi khianat perjuangan Palestin

BLANTYRE, 18 Rabiulawal 1442H, Rabu – Republik Malawi akan menjadi negara Afrika pertama yang mengikut langkah Amerika Syarikat (AS) dengan membuka kedutaan untuk Israel di Baitulmaqdis al-Quds.

Menteri Luar Negeri, Eisenhower Mkaka, dalam kenyataan di video ketika lawatan ke wilayah yang dijajah Israel pada semalam menyifatkan keputusan itu sebagai ‘langkah berani dan signifikan.’

Bahkan beliua juga memuji perjanjian normalisasi kontroversi baru-baru ini di antara negara haram Israel dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan dengan pengantaraan AS.

Dalam pertemuan pada Selasa, Menteri Luar Israel, Gabi Ashkenazi, dari pihaknya kononnya memuji keputusan Malawi untuk membuka misi diplomatik penuh di Baitulmaqdis al-Quds, yang dijangka akan beroperasi pada musim panas 2021.

“Saya yakin bahawa lebih banyak pemimpin Afrika akan mengikuti keputusan ini.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malawi atas keputusan penting untuk menjadi pelopor dan negara Afrika pertama yang mendirikan kedutaannya di Baitulmaqdis (al-Quds),” katanya.

Negara Malawi di Afrika Tenggara telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel sejak 1964 tanpa membuka kedutaan di wilayah yang dijajah.

Sebelum ini, kesepakatan normalisasi mendapat kecaman meluas dari rakyat Palestin, yang mencari negara bebas di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota.

Israel menuntut seluruh Baitulmaqdis, bagaimanapun masyarakat antarabangsa memandang sektor timur bandar itu sebagai wilayah yang dijajah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button