Berita Utama

PEJUANG tak relevan, cuma tumpang nama Tun M

Hanya BERJASA parti bersih, konsisten beragenda dan wibawa

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 18 Rabiulawal 1442H, Rabu – Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) belum boleh dianggap sebagai parti yang memperjuangkan agenda rakyat, kerana perjuangan mereka masih tidak jelas.

Kewujudan PEJUANG dalam arena politik sebenarnya masih tidak relevan, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Omar Kassim.

Beliau berkata, PEJUANG – yang mana pendaftaran parti masih dalam penelitian dan semakan – cuma menumpang nama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan membawa misi peribadi beliau sahaja.

Sehubungan itu, Ustaz Omar menyeru rakyat memberikan sokongan kepada parti yang jelas bersih, konsisten, beragenda dan berwibawa.

“Hanya Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) memiliki ciri tersebut,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

BERJASA ditubuhkan pada tahun 1977, pernah memerintah Kelantan dan menyertai kerajaan Persekutuan.

Barisan kepimpinan parti bagi sesi 2018-2021 telah mengambil keputusan besar untuk meremajakan dan menjenamakan semula BERJASA, agar dapat menyahut cabaran kepimpinan politik negara masa kini dan akan datang.

BERJASA boleh dikenali menerusi tiga kata kunci; watan, hikmah dan wibawa.

Identiti BERJASA adalah identiti watan Malaysia. Watan merujuk kepada Tanah Melayu, iaitu Persekutuan Tanah Melayu, yang terdiri daripada gabungan sembilan kerajaan negeri bersama negeri-negeri Selat, yang kemudiannya disertai Sabah dan Sarawak, menjadi Malaysia.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button