Berita UtamaDunia

Rejim pengganas Israel tembak mati lelaki Palestin

Tentera Zionis tuduh mangsa terlebih dahulu lepaskan tembakan

NABLUS, 18 Rabiulawal 1442H, Rabu – Tentera pengganas Israel menembak mati seorang pemandu Palestin atas dakwaan cuba melepaskan tembakan ke arah mereka di Tebing Barat yang diduduki.

Rakyat Palestin mengenal pasti mangsa yang terbunuh adalah pegawai pasukan keselamatan mereka.

Seorang pegawai keselamatan Palestin menamakan mangsa sebagai Bilal Rawajba yang merupakan Pegawai Khidmat Keselamatan dan Pencegahan.

Dia juga adalah penduduk sebuah kampung di luar Nablus.

“Rawajba dijangka memandu dari rumah ke tempat kerjanya pada hari Rabu,” kata pegawai itu.

Pegawai perubatan Palestin tidak dapat mengambil mayat Rawajba dengan segera – kerana jurucakap tentera berkata, ia berada dalam tahanan Israel.

Tentera Israel kerap menceroboh bandar dan kampung Palestin di Tebing Barat yang diduduki untuk menangkap rakyat Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button