Berita Utama

Cecair merah di kubur bukan darah

‘Tiada tangkapan dilakukan kerana ini kerja mereka yang nakal’

ALOR SETAR, 19 Rabiulawal 1442H, Khamis – Cecair merah ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Al Irfan, Derga September lalu adalah cecair campuran dan bukannya darah.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya turut mendapati, cecair itu dicampur dengan bahan berminyak seolah-olah darah hasil daripada ujian dijalankan.

Beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan meletak cecair seperti darah itu dilakukan individu nakal.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan kerana ini kerja mereka yang nakal.

“Kes ini dianggap selesai dan kebetulan tanah perkuburan itu masih baharu menyebabkan ia mendap,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

September lalu, kisah kubur berdarah tular di media sosial sehingga mengundang andaian yang boleh mengaibkan jenazah yang baharu dikebumikan dua minggu.

Berikutan itu, jemaah masjid berkenaan membuat laporan polis berkaitan video dan kisah yang tular di laman sosial agar polis menyiasat kes itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button