Dunia

Israel halang ulama masuk Masjid al-Aqsa 6 bulan

13 kali ditangkap, Zionis dakwa Sheikh Najeh ancam keselamatan

BAITULMAQDIS, 19 Rabiulawal 1442H, Khamis – Rejim pengganas Israel melarang Timbalan Pengarah Jabatan Wakaf Baitulmaqdis, Sheikh Najeh Bakirat memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa selama tempoh enam bulan.

“Saya menerima perintah, Israel tidak membenarkan saya memasuki Masjid al-Aqsa,” katanya kepada Agensi Anadolu. 

Sheikh Najeh berkata, pihak berkuasa Israel tidak menyatakan alasan terhadap tindakan demikian.

Beliau berkata, polis dan perisikan Israel telah menyerbu pejabatnya minggu lalu, kononnya atas alasan ancaman keselamatan terhadap rejim itu.

Larangan itu bukanlah kali pertama bagi Sheikh Najet kerana Israel pernah bertindak sama sebanyak 23 kali sejak 2001, selain 13 kali pernah ditangkap rejim berkenaan.

“Saya menolak perintah larangan ini, kerana ia adalah usaha (Israel) untuk mengosongkan Masjid Al-Aqsa dan menganggu tugas Jabatan Wakaf di Baitulmaqdis,” kata Sheikh Najet. 

Israel mula menjajah Baitulmaqdis Timur ketika perang Arab-Israel pada tahun 1967. 

Rejim itu menakluk seluruh wilayah pada tahun 1980 – di mana tindakannya tidak diiktiraf masyarakat antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button