Dunia

Joe Biden perlu 6 undi lagi untuk kalahkan Trump

Sebanyak 99 peratus undi sudah dikira setakat ini

WASHINGTON, 19 Rabiulawal 1442H, Khamis – Calon demokrat, Joe Biden hanya memerlukan enam lagi undi elektoral untuk memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) selepas kemenangannya di Michigan, memetik unjuran Fox News lapor Agensi Sputnik.

Biden diramal memperoleh 16 undi elektoral di negeri ini selepas mendahului dengan 49.9 peratus berbanding 48.6 peratus yang diraih Presiden Donald Trump. Sebanyak 99 peratus undi sudah dikira, lapor Fox.

Ia menjadikan Biden hanya memerlukan enam lagi undi daripada 270 yang diperlukan untuk muncul sebagai presiden AS yang baharu, kata laporan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button