Dunia

Pilihan Raya AS rekod jumlah pengundi tertinggi

WASHINGTON, 19 Rabiulawal 1442H, Khamis – Hampir 160 juta rakyat Amerika mengundi pada Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) 2020, jumlah tertinggi sejak 120 tahun, menurut data laman web Projek Pilihan Raya AS.

Berdasarkan anggaran awal oleh profesor Universiti Florida, Michael McDonald, yang mengendalikan laman web itu, sejumlah 159,817,000 undi direkodkan.

Kadar keluar mengundi 66.9 peratus, tertinggi sejak 1900, iaitu 73.7 peratus, lapor Agensi Anadolu.

Pada 2016, kira-kira 137.5 juta rakyat Amerika mengundi, memetik data Biro Banci AS. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button