Berita UtamaDunia
Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah
Jemaah tak dikuarantin, teruskan perjalanan ke Masjidil Haram

MEKAH, 19 Rabiulawal 1442H, Khamis – Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah itu ditangguhkan selama lapan bulan disebabkan penularan wabak COVID-19.
Menurut laporan Agensi Anadolu, jemaah pada awalnya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari sebaik ketibaan sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi di Twitter berkata, jemaah luar negara tidak dikuarantin dan meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram.
Minggu lalu, penerbangan pertama yang membawa jemaah umrah termasuk dari Indonesia dan Pakistan mendarat di lapangan terbang Jeddah. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.