Berita Utama

Terima kasih PDRM siasat UMANY

WIBAWA takkan benarkan pertubuhan rasis racuni fikiran anak muda

BANGI, 19 Rabiulawal 1442H, Khamis – Kelab Mahasiswa BERJASA (WIBAWA) mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mula menjalankan siasatan terhadap Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY).

Presiden UMANY, Yap Wen Qing dilaporkan dipanggil pihak polis berhubung hantaran di Facebook mengenai Yang Di-Pertuan Agong baru-baru ini. 

Yap dilaporkan memberi kenyataannya di Balai Polis Kajang pada jam 2 petang hari ini, dan didakwa bakal hadir bersama peguam hak asasi manusia.

UMANY sebelum ini mencetuskan kontroversi – apabila mempersoal campur tangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam urusan pentadbiran negara.

Pertubuhan itu menyatakan pendiriannya – YDPA tidak boleh mencampuri urusan negara tetapi perlu sentiasa menjaga sikap berkecuali dan memainkan peranannya dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan. 

Bagaimanapun, hantaran UMANY di Facebook telah dipadamkan.

Mengulas tindakan pihak polis, WIBAWA dalam satu kenyataan berterima kasih kepada PDRM kerana melakukan siasatan terhadap UMANY. 

WIBAWA memaklumkan, pihaknya telah membuat enam laporan polis termasuk yang terbaharu semalam ke atas pertubuhan rasis berkenaan, sekali gus mendesak supaya ia diharamkan.

“WIBAWA tidak akan sesekali benarkan golongan rasis dan cauvinis seperti UMANY untuk terus menghasut dan meracuni fikiran anak muda bagi menentang kedudukan institusi diraja.

“… sekali gus mengakibatkan keretakan pada hubungan antara masyarakat majmuk di watan ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button