Berita UtamaIstimewa

Belanjawan 2021: Sedia dana kepada NGO bantu bina jati diri remaja

Bina pusat pembangunan beri tumpuan kukuhkan generasi muda

BANGI, 20 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Pembentangan Belanjawan 2021 diharapkan dapat menyediakan peruntukan khas kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mewujudkan pusat pembangunan dalam kalangan generasi muda.

Perkara berkenaan difikirkan perlu selepas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, kira-kira 100,000 kes remaja perempuan berumur bawah 19 tahun hamil dilaporkan sejak tahun 2013 hingga 2019.

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustazah Dr Suriani Sudi menegaskan, pusat pembangunan itu akan memberi tumpuan kepada program pembentukan jati diri khususnya untuk golongan gadis remaja.

Katanya, generasi muda perlu dipelihara dengan sebaiknya kerana mereka adalah aset penting yang bakal menerajui kepimpinan serta pemerintahan negara.

“Terdapat kira-kira 900 kes pembuangan bayi dilaporkan bagi tempoh sama. Daripada jumlah itu, hanya 30 peratus bayi masih bernyawa.

“Mereka (generasi muda) juga menjadi tenaga yang bakal memajukan serta memlihara kedaulatan negara.

“Usaha pengukuhan generasi muda sangat penting diberi perhatian kerana hanya mereka yang kuat mental dan fizikal, sekali gus mampu menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada Belanjawan 2020, kerajan melancarkan inisiatif #MalaysiaKerja ([email protected]) untuk wujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada belia dan wanita.

Selain itu, sebanyak RM80 juta diperuntukkan untuk menaik taraf, baiki dan selenggara 67 pelbagai institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button