Berita UtamaDunia

Arab Saudi larang beri nama langgar syariah Islam

Abd Rasul (Hamba Rasul), Malak (Malaikat) antara nama dilarang

RIYADH, 20 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan larangan untuk memberikan nama yang dianggap bertentangan undang-undang syariah Islam.  

Larangan itu muncul selepas Badan Urusan Sivil Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan peraturan baharu untuk mendaftarkan nama di kerajaan.

Menurut agensi Gulf News, nama seperti Abd Rasul (Hamba Rasul) tidak akan didaftarkan. 

Gadis-gadis biasa bernama Malak (malaikat) juga tidak dibenarkan kerana fatwa yang berkaitan, atau perintah agama yang melarangnya.  

Larangan pendaftaran juga merangkumi pangkat sebelum nama dan nama panggilan.

Nama majmuk seperti Muhammad Saleh dan Muhammad Mustafa juga tidak lagi dibenarkan mengikut peraturan baharu.  

Lazimnya, sudah menjadi tradisi di beberapa negara Arab untuk memberikan nama gabungan kepada bayi yang baru lahir untuk memperingati dua saudara yang lebih tua atau untuk menangkis ‘mata jahat’.

Namun, agensi tersebut belum memberikan penjelasan rasmi untuk langkah tersebut.

Ini bukan kali pertama Arab Saudi mengeluarkan larangan nama, pada tahun 2014, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan senarai 51 nama yang bertentangan dengan tradisi sosial dan agama atau berasal dari Barat, termasuk nama seperti Linda dan Sandi.  

Abdul Nasser dan Binyameen (Benjamin) adalah beberapa nama Arab yang turut dilarang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button