Berita Utama

Dikecuali duti setem beli rumah pertama bernilai hingga RM500,000

Libat perjanjian jual beli mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2025

KUALA LUMPUR, 20 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Kerajaan memberikan pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000 bagi menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

Berucap pada pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pengecualian tersebut adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari, 2021 sehingga 31 Disember, 2025.

Selain itu, katanya kerajaan juga melaksana inisiatif bagi pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai dilanjutkan bagi tempoh lima tahun lagi.

“Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari, 2021 sehingga 31 Disember, 2025 bagi projek perumahan terbengkalai yang disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button