Berita Utama

Ganjaran kepada individu salur maklumat salah laku, langgar perundangan

Usaha kerajaan dalam mengukuhkan tadbir urus, integriti di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Kerajaan akan memberi ganjaran kepada mana-mana individu atau pihak yang menyalurkan maklumat tentang sebarang salah laku dan pelanggaran undang-undang.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini berkata ia sebahagian daripada usaha kerajaan dalam mengukuhkan tadbir urus dan integriti di Malaysia.

“Contohnya (maklumat) isu pencemaran sungai yang semakin tidak terkawal sehingga mengakibatkan terputusnya bekalan air di Lembah Klang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan akan meneruskan agenda pembangunan negara berteraskan tadbir urus yang baik serta menjunjung prinsip integriti.

Katanya, kerajaan akan memastikan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) dan pengambilan 100 orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diteruskan serta menerapkan pendidikan antirasuah di semua peringkat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button