Berita Utama

4 lagi jemaah tabligh Malaysia di India tiba di tanah air

Wisma Putra berusaha bawa pulang 9 lagi jemaah tabligh di Bihar

BANGI, 21 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Empat lagi ahli jemaah tabligh rakyat Malaysia yang selesai menjalani proses perbicaraan di Bihar, India telah selamat tiba di tanah air semalam, menurut Kementerian Luar Negeri.

Sehingga kini, kementerian itu telah berjaya membawa pulang seramai 180 daripada 189 ahli jemaah tabligh yang berada di India, termasuk 176 orang menerusi siri Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) sejak Julai lalu.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, semua jemaah tabligh yang dibawa pulang ke tanah air diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di Stesen Kuarantin (QS), selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

“Dengan kepulangan empat ahli jemaah tabligh ini, masih terdapat seramai sembilan ahli jemaah tabligh rakyat Malaysia di India sedan menjalani prosedur perundangan di Bihar, India.

“Kementerian Luar Negeri, menerusi Perwakilan Malaysia di New Delhi akan terus memantau perkembangan kes ini secara rapat dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menyelaras usaha membawa pulang baki mereka sejurus selepas pembebasan mereka kelak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Serentak itu, Kementerian Luar Negeri mengucapkan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terlibat, terutama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan (KKM) atas kerjasama serta komitmen menjayakan misi berkenaan.

“Kerajan Malaysia turut mengucapkan terima kasih kepaa Kerajaan India yang terus membantu urusan kepulangan mereka,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button